Selasa, 31 Oktober 2017

TIPS HILANG SAKIT SENGGUGUT KETIKA PERIOD

Salam semuanya .Apa khabar hari ini?Semoga urusan semua dipermudahkan

kembali laginya aku ingin berkongsi satu rahsia yang aku dapat secara tak sengaja insiden ni


Masa aku student KUIM ada la sekali tu terkena senggugut dengan hari first masa tu dengan kawan ajak p iftar kat luar sebab dia puasa sunat. Dah ajak makan ingat berdua ja rupanya ada lagi diajaknya kira ramai la dalam 6-7 orang ,aku pun follow ja la walaupun sebenarnya kalau ikut hati aku meronta ronta nak balik sebab perubahan mood kot .Kebiasaan aku kalau period hari pertama selalu berkurung dalam bilik ja sebab menahan maha dahsyatnya sakit senggugut tu..Berguling bergulung bergolek toink toink toink toink semua ada la..


Bila datang nak mengorder pun kadang masalah wei.. Sebab apa?..Walaupun dah ada menu yang dibagi pun still tak boleh buat pilihan..RUMIT wei jadi girl ni haha....Last choice kalau tak tahu nak makan sangat aku akan order koew teow tom yam dan aku mintak suggestion dari kak waiter tu apa boleh minum untuk kurangkan rasa sakit senggugut ni..Tak lama lepas tu dia suggest air HALIA SUSU SUAM ..Aku pun follow je la dengan harapan boleh kurangkan rasa sakit tu..


First aku rasa halia susu ni no bad la sebab aku bukanla susu lover sangat ..Rasa panas badan ni siap berpeluh2 bagai mungkin minum dengan halia ni dia keluarkan balik haba dalam badan kita. Itu la first time aku cuba minum berasaskan halia,kalau nak minum halia saja jawabnya pedih habis bibir nanti.


Setelah sekian lama, beberapa tahun aku google khasiat halia rupa-rupanya banyak betul khasiat antaranya:


1) Mampu memerahkan bibir yang pucat

2) Mampu membuang angin & toksin dalam badan
3) Melansingkan badan 
4) Pencegahan untuk demam dan selesema
5) Mencegah kanser
6) Menghilangkan rasa mual ketika morning sickness


Ini contoh halia susu yang aku minum tu
Kredit photo: https://www.burpple.com/f/5Wq4iiq_




Setelah sekian lama mengamalkan Halia Susu, aku pun dah hilang sakit senggugut. Cuma kadang2 kadang sahaja rasa senggugut tu kembali .Itupun tak lama lepas tu hilang. Dan aku tak perlu dah nak tergolek berguling sana sini kalau period masa hari pertama.

Sekarang aku masih lagi mengamalkan halia susu untuk menghilangkan rasa perut kembung/berangin ja. Selalu aku buat sendiri la tak order2 kt kedai dah hehe...

Selalunya bahan aku letak:

1 sudu susu manis anggaran  (kalau nak letak susu kotak pun boleh)

3-4 inchi halia 

1 cawan air panas


Cara-cara pembuatan:

1. Tumbuk halia yang telah dipotong tapi jangan sampai lumat

2. Kemudian , masukkan halia ke dalam air yang sedang panas 

3. Masukkan susu manis ke dalam cawan
4. Kacau kesemua bahan tersebut
5. Tunggu sebentar sehingga air halia susu menjadi suam
6. Boleh minum... jgn lupa niat nak sembuh yaa...

SENANG kan? Hanya mengambil masa kurang 10 minit. Hampa cuba la ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan